Monday, 13 August 2012

KHUTBAH JUMAAT

KEDUDUKAN PEMBACA AL-QURAN DI SISI ALLAH SWT


Tafsir Al-Quran
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Allah SWT  telah mengurniakan nikmat dan rahmat dengan mengutuskan Rasul-Nya dan menurunkan kitab-Nya al-Quran yang tidak ada sebarang keraguan dalam kandungan dari dahulu sehingga kini. Kitab wahyu  yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasul-Nya ini  dipenuhi mukjizat dan keagongan yang tiada tolak bandingnya dengan kitab-kitab yang lain. Bagi mengekalkannya  al-Quran dalam kehidupan kita ianya perlu dijaga dengan sentiasa membaca dan menghafal serta memahami isi kandungannya  agar  berada di dalam jiwa dan hati setiap muslim. Firman Allah SWT dalam surah al-Hijr ayat 9:
Kedudukan Pembaca Quran
Maksudnya:
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur'an, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.”
Rasulullah SAW menggesa umatnya agar sentiasa membaca al-Quran dan mendalami dari segi bacaannya, kerana itulah kita dapati para sahabat RA seperti Uthman, Zaid bin Tsabit, Ibnu Mas’ud, Ubay bin ka’ab dan lain-lain lagi, mereka ini sentiasa membaca al-Quran dan mengkhatamkannya setiap hari Jumaat. Begitu juga amalan tradisi orang-orang tua kita dahulu  juga mewajibkan pendidikan al-Quran kepada anak-anak. Anak-anak tidak di benarkan keluar rumah selagi tidak membaca al-Quran dan mereka mengamalkan pembacaan al-Quran setiap malam selepas waktu maghrib secara beramai-ramai. Walaupun perkara ini tiada dalam syariat, tetapi membuktikan mereka sangat mengambil berat tentang pembacaan dan pendidikan al-Quran.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Banyak hadith-hadith yang menjelaskan kedudukan mereka yang sentiasa membaca al-Quran begitu tinggi dan mulia di sisi Allah SWT seperti dalam satu hadith Qudsi di mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesiapa yang sentiasa sibuk dengan al-Quran dan zikir mengingatiku daripada meminta-minta kepadaku, maka aku akan anugerahkan perkara yang lebih baik daripada Aku anugerahkan kepada mereka yang sentiasa memohon kepadaku itu. Dan kelebihan kalam Allah di atas segala kalam yang lain seperti lebihnya Allah di atas makluk-Nya. Dalam satu hadith lain yang bermaksud: Apabila seseorang dapat mengkhatamkan bacaan al-Quran satu kali, 60 ribu malaikat memohon keampunan dari Allah SWT untuknya.
Mereka yang menjadikan al-Quran sebagai  bacaan utama setiap masa akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT. Setiap huruf yang dibaca akan dikira sebagai sepuluh pahala. Sabda Rasulullah SAW:
Pembaca Quran
Bermaksud:
" Sesiapa yang membaca satu huruf dari al-Quran, maka bagi-nya diberi sepuluh pahala dan ditambah sepuluh lagi kewajiban seumpamanya, tidak aku katakan( alif, lam, mim ) itu satu huruf, akan tatapi alif satu huruf dan lam satu huruf dan mim satu huruf". (Riwayat Tirmizi)
Mereka juga akan dinaikkan darjatnya di sisi Allah SWT sebagaimana yang dikatakan oleh Amr bin Ash: Barangsiapa membaca al-Quran maka mereka akan di naikkan ke darjat di kanan dan di kiri para nabi, melainkan tidak diturunkan wahyu kepada mereka sahaja. Muka pembaca al-Quran sentiasa berseri-seri, sentiasa dalam keadaan tenang dan kehidupannya dirahmati dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Ketika berada di alam kubur diluaskan kedudukannya serta mendapat syafaat di akhirat nanti. Hadith Rasulullah SAW:
Al-Quran
Bermaksud:
" Bacalah kamu akan al-Quran, sesungguhnya (al-Quran) akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada pembaca-pembacanya ". (Riwayat Muslim)
Rasulullah SAW sentiasa mengutamakan para sahabat yang membaca al-Quran dan yang menghafal dibandingkan dengan sahabat yang lain. Ini dibuktikan dengan tindakan Rasulullah SAW apabila menghantar sesuatu utusan, baginda akan memilih darpada kalangan sahabat yang banyak menguasai al-Quran sebagai pemimpin. Begitu juga ketika berhimpunnya para syahid yang terkorban untuk dikebumikan, Rasulullah SAW sendiri menguruskannya sehingga ke liang lahad dengan mendahului para syahid yang hafaz di kalangan sahabatnya.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Sebagai umat yang beriman maka sewajarnya al-Quran dibaca, difahami dan dijadikan panduan dan sumber rujukan yang utama dalam apa juga kegiatan hidup samada dari sudut akidah, syariat dan akhlak, khususnya dalam menangani pelbagai permasalahan, cabaran semasa  untuk mencapai kehidupan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Namun persoalannya pada hari ini terdapat segelintir umat Islam yang lemah iman, goyah pegangan akidah dan akhlaknya, menjadi kaku bibir dan kelu lidahnya  untuk menyebut ayat-ayat Allah SWT dan keras hati apabila terdengar ayat al-Quran. Mereka lebih gemar mengalunkan dan mendengar nyanyian lagu-lagu yang melalaikan berbanding ayat al-Quran. Tidak kurang pula ada dikalangan kita yang hanya berbangga dengan menggantung ayat-ayat al-Quran yang mahal-mahal sebagai hiasan. Walhal Islam tidak menyuruh sedemikian.
Justeru itu, mimbar menyeru marilah sama-sama kita menjadikan budaya membaca al-Quran sebagai gaya hidup. Kita mesti yakin bahawa al-Quran sahajalah yang mampu menjadi ubat dan penawar kepada segala jenis penyakit samada rohani atau jasmani yang sedang melanda masyarakat masa kini. Janganlah kita hanya membaca al-Quran pada masa-masa tertentu sahaja seperti ketika dalam kesusahan, ketika sakit, ketika menghadapi saat kematian atau pada hari tertentu sahaja.
Ibu-bapa perlulah  memprogramkan penghayatan al-Quran dalam keluarga terutama kepada anak-anak dengan memperuntukkan masa seperti selepas solat maghrib sebagai waktu membaca, mempelajari dan mentadabbur al-Quran.  Mengambil usaha dengan menghantar anak-anak ke kelas pengajian al-Quran samada di surau dan masjid atau di kelas yang telah disediakan. Di samping itu mempelajari al-Quran juga boleh dilakukan dengan cara mendengar bacaan di radio, kaset dan di media-media elektronik dan sebagainya.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Mimbar mengambil kesempatan dengan sempena dengan majlis tilawah al-Quran peringkat antarabangsa kali ke 52  yang diadakan di dewan merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra  Kuala Lumpur, bermula dari 27hb Julai hingga 3hb Ogos 2010, mimbar menyeru para jamaah sekalian untuk sama-sama menghadiri majlis tersebut bagi mendengar dan menghayati ayat-ayat suci al-Quran yang akan diperdengarkan oleh para Qari dan Qariah dari seluruh dunia. Semoga dengan kehadiran kita ke majlis tersebut akan menyerikan lagi dan mendapat rahmat dari Allah SWT. Mengakhiri khutbah pada minggu ini marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalm surah al-Israa’ ayat 45:
Tafsir Quran
Maksudnya:
" Dan apabila kamu membaca Al-Qur'an, Kami jadikan antaramu dan orang yang tidak beriman kepada hari akhirat itu, suatu dinding yang tertutup.

Saturday, 11 August 2012

NIAT DAN RUKUN SOLAT JUMAAT



Solat sunat Jumaat ini iaitu solat yang dilakukan bagi mengiringi solat Jumaat sama ada sesudah atau sebelumnya. Rasulullah s.a.w mengerjakan solat sunat Jumaat ini sebanyak dua rakaat sesudah solat Jumaat di rumah baginda.
DALIL
Rasulullah s.a.w memerintahkan kepada para sahabat yang selesai solat Jumaat untuk solat sebanyak empat rakaat dengan sekali salam. Demikianlah yang diriwayatkan oleh Muslim dari Ibnu Umar dan Abu Hurairah.
NIAT
أُصَلِّي سُنَّةَ الجُمْعَةِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat Jumaat adua rakaat kerana Allah Taala.









apa itu solat jumaat?
Solat Jumaat
ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar Khutbah Jumaat. Solat Jumaat itu hukumnya Fardu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf lelaki dengan syarat-syarat tertentu.


Firman Allah SWT:


"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat, dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," (Surah Al-Jumu'ah: 9).........                                                                                                                                                                                           Syarat syarat bagi menunaikan solat jumaat ni pula...                           
  1. Islam - tidak wajib bagi orang kafir.
  2. Baligh - tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh.
  3. Berakal - tidak wajib bagi orang yang gila.
  4. Merdeka - tidak wajib ke atas hamba abdi.
  5. Lelaki - tidak diwajibkan untuk orang perempuan.
  6. Sihat - tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan.
  7. Bermastautin atau bermukim - tidak wajib bagi orang yang musafir.

Syarat sah solat jumaat

  1. Didirikan didalam waktu Zohor.
  2. Ditetapkan tempat mendirikan solat jumaat seperti masjid, padang dan sebagainya.
  3. Berjemaah sekurang-kurangnya 40 jemaah yang tinggal tetap di kawasan.
  4. Didulukan dengan dua khutbah.

Ketika Khatib Berada Di Atas Mimbar

Sebaik saja imam duduk di atas mimbar, maka ditegah dan dilarang daripada melakukan sembahyang. Tegahan ini adalah khusus kepada mereka yang telah sedia ada hadir di masjid sedang imam telahpun duduk di atas mimbar.


Berkata imam An-Nawawi yang maknanya :


“Berkata Ash-hab Syafi‘ieyah: Apabila imam duduk di atas mimbar adalah ditegah untuk memulakan sembahyang sunat, mereka menaqal bahawa telah ijma‘ ulama dalam perkara ini. Dan berkata Pengarang al-Hawi: Apabila imam duduk di atas mimbar adalah haram ke atas orang yang berada di dalam masjid untuk memulakan sembahyang sunat, jika waktu itu dia sedang di dalam sembahyang hendaklah dia duduk (berhenti)”(Al-Majmu‘: 4/472).


Haram mendirikan sembahyang sama ada sembahyang itu sembahyang fardhu atau sunat sekalipun qadha sembahyang itu wajib disegerakan. Umapamanya orang yang meninggalkan sembahyang Subuh tanpa sebarang uzur, maka haram dia melakukan qadha Subuh itu sejak dari waktu duduknya imam itu sekalipun sebelum dia membacakan khutbah. Atau sekalipun dia yakin yang dia boleh selesai dan sempat mengikuti permulaan khutbah, sebagaimana yang telah dii‘timadkan oleh al-Ramli dalam Fatawanya. (Fathul ‘Allam 3/111)



yang lama aku pendam...

khatib dah mula baca khutbah, ada yang masuk masjid buat solat sunat... bukan ke mendengar khutbah tu rukun?.... dah la mengganggu orang nak dengar khutbah.. boleh pulak berdiri kat depan orang... lagi satu pulak yang aku perati kat dalam masjid masa khatib baca khutbah.. orang tidur...hum... encik, kalau nak tidur baik balik rumah jer.. erm.. malu dengan kawan2 tak pergi masjid ke? ish ish.. malu dengan kawan apa ada hal... malu lah dengan pencipta bang oi...xder makna abang buat sesuatu kalau rukunnya dah tinggal. siap ada yang meleleh airliur lak tu.. ape kes..
yang ni lagi satu.. tau la ada  henpon mahal.. yang ko pegi layan facebook masa khatib baca khutbah sama la dengan yang kat atas ni... huhu... ape nak jadik ni...
mari kita sama sama fikirkan.. muhasabah diri masing2.. aku bukan lah sempurna.. sekadar meluahkan apa yang terpendam.. dengan sedikit ilmu untuk mengingatkan. sekiranya apa yang aku luahkan ni salah.. tolong lah bagi teguran...

Firman Allah dalam surah al-Zumar, ayat 9 ;
قل هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون. انما يتذكر أولولوا الألبب
Maksudnya; “Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana"

                   


ru

ADAB/CARA MENJAGA HARTA BENDA SEKOLAH

                                        CARA MENJAGA HARTA BENDA SEKOLAH  


USAHA  MENJAGA  HARTA  BENDA  SEKOLAH  ADALAH  TANGGUNGJAWAB  BERSAMA  DIANTARA  GURU,  PELAJAR  DAN  PEKERJA. SEMUA  PIHAK  HENDAKLAH  MENGGUNAKAN  DAN  MENJAGA  SETIAP  KEMUDAHAN  YANG  DISEDIAKAN  DI  SEKOLAH  DENGAN  SEBAIK-BAIKNYA , DI SAMPING  BEKERJASAMA MEMBANTERAS  PERBUATAN  MEMUSNAHKAN  HARTA  SEKOLAH . ANTARA  USAHA - USAHA  YANG  BOLEH  DILAKUKAN  IALAH :




  1. MENGGUNAKAN  PERALATAN  YANG  DISEDIAKAN  DENGAN  CERMAT .
  2.  MELAPORKAN  KEROSAKAN  KEPADA  GURU YANG  BERKENAAN .
  3. SETELAH  MENGGUNAKAN  SESUATU  PERALATAN , HENDAKLAH  DILETAKKAN KE TEMPAT  ASALNYA  DENGAN  BAIK .
  4. MENJAGA  SEPERTI  HARTA  SENDIRI .
  5. BERGOTONG- ROYONG  MEMBAIK  PULIH  PERALATAN  YANG  ROSAK .

Tuesday, 7 August 2012

bacaan qunut biasa

. Bacaan Qunut Waktu Subuh
Ya Allah tunjukkan aku sebagaimana mereka yang telah Engkau tunjukkan.
qunut1.jpg (4377 bytes)
Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan.
qunut2.jpg (3890 bytes)
Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan.
qunut3.jpg (3806 bytes)
Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan.
qunut4.jpg (4113 bytes)
Dan selamatkan aku dari bahaya yang telah Engkau tentukan.
qunut5.jpg (4161 bytes)
Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum.
qunut6.jpg (5877 bytes)
Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin.
qunut7.jpg (4331 bytes)
Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.
qunut8.jpg (3909 bytes)
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi
qunut9.jpg (4406 bytes)
Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan.
qunut10.jpg (4191 bytes)
Aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.
qunut11.jpg (4136 bytes)
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.
qunut12.jpg (4711 bytes)
qunut121.jpg (6152 bytes)


doa qunut nazilah


DOA QUNUT NAZILAH
Maksudnya 'Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

ADAB MENUNTUT ILMU

                           ADAB MENUNTUT ILMU

 

 1]  BERTANYA KEPADA GURU APABILA TIDAK FAHAM

 2] SENTIASA MENAWARKAN KHIDMAT KEPADA GURU

 3] TIDAK MEMBANTAH ARAHAN DAN NASIHAT GURU

 4] MENUMPUKAN PERHATIAN KETIKA GURU MENGAJAR

 5] MEMATUHI DISIPLIN DAN PERATURAN SEKOLAH

 6] BERCAKAP SOPAN DENGAN GURU

 7] MEMBUAT KERJA-KERJA RUMAH DAN LATIHAN YANG DIBERIKAN

 8] SENTIASA BERUSAHA DAN BERDOA MEMOHON KEJAYAAN