Tuesday, 11 September 2012

Cara Membentuk Generasi Al-Quran



AL QURAN MEMBENTUK GENERASI MASA DEPAN


Generasi yang hendak dibentuk nanti ialah generasi yang percaya bahawa Al Quran itu adalah Kalamullah yang qadim yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. bertujuan untuk mengeluarkan manusia dari kesesatan hidup kepada cahaya Islam yang terang benderang, generasi yang sentiasa membaca ayat-ayat suci Al Quran dan sentiasa mengkaji tentang ilmu-ilmu yang terdapat di dalamnya, generasi yang mengambil Al Quran itu sebagai kitab pengajaran untuk membina masa depan dirinya dan untuk dijadikan contoh teladan dalam kehidupannya, generasi yang sentiasa beramal dengan arahan-arahan Al Quran dan sentiasa menjadikan ayat-ayatnya itu sebagai zikir atau doa setiap masa dan sepanjang waktu, generasi yang mengambil Al Quran sebagai kompas pedoman dalam perjalanan hidupnya dan sebagai panduan dalam amalan hidupnya, generasi yang mengharapkan bahawa hanya Al Quran itu sahaja yang akan memberi cahaya petunjuk kepadanya ke arah jalan yang benar dan mengeluarkan manusia yang berada dalam kegelapan agar dapat menerima cahayanya itu, generasi yang mengambil Al Quran sebagai kitab perlembagaan yang berkesan dalam kehidupan dan menjadikan Al Quran itu sebagai jalan penyelesaian dalam apa jua bentuk permasalahan yang berlaku.
Firman Allah Ta'ala:
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ وَلا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إلا خَسَارًا
Maksudnya: “ Dan Kami turunkan Al Quran itu adalah penawar dan rahmat kepada orang-orang beriman, manakala orang-orang zalim pula tidaklah menambah apa-apa kecuali kerugian semata-mata “ (Al Isra': 82).
Generasi yang hendak diwujudkan itu nanti ialah generasi yang serba tahu dan serba boleh, generasi yang mempunyai kemahiran yang tinggi tentang ilmu-ilmu Al Quran. Generasi yang hendak dibentuk nanti ialah generasi yang memahami Al Quran sebagai kitab panduan untuk memandukan manusia ke jalan yang lurus. Mereka adalah generasi yang membawa wadah perjuangan untuk membina kekuatan Islam dari semua sudut, sama ada dari sudut politik dan siasah, ekonomi dan perdagangan, pendidikan dan pembelajaran, sosial dan kebudayaan dan seterusnya termasuk membina kekuatan dari sudut teknologi dan menguasai sebaran am. Cuba kita perhatikan lipatan sejarah tentang  kekuatan umat Islam di zaman silam, bermula di zaman Rasulullah s.a.w. di mana baginda telah berjaya mewujudkan generasi manusia yang faham dan mengerti tentang Al Quran, iaitu generasi sahabat yang terdiri di kalangan ramai para pemuda yang berperibadian tinggi dan berakhlak mulia serta berhemah tinggi dan mereka menjadi kuat dengan sebab mereka mempunyai hubungan secara langsung dengan Allah dan RasulNya s.a.w. di samping keimanan mereka selalu diuji, sama ada dalam peperangan atau dalam urusan seharian.
Mereka adalah generasi sahabat yang mendapat tarbiyah secara langsung dari Rasulullah s.a.w. dan baginda meletakkan batu asas yang amat kukuh ke dalam jiwa mereka yang mempunyai pertalian secara langsung dengan ketuhanan Allah. Generasi yang diwujudkan oleh baginda ini tidak pernah berlaku pada sejarah silam sebelum ini dan tidak wujud lagi sesudah generasi itu, kerana mereka adalah generasi yang unik yang menjadi ‘model’ kepada generasi yang ada pada hari ini. Sumber pengetahuan utama di zaman mereka ialah Al Quran yang menjadi petunjuk dan perlembagaan hidup mereka, walaupun ketika itu Al Quran masih lagi diturunkan secara beransur-ansur mengikut keperluan semasa dan peristiwa-peristiwa yang berlaku. Namun, apabila berlaku sesuatu kemusykilan, mereka akan terus merujuk kepada Baginda s.a.w. dan apabila keputusan diambil mereka tetap akur dan tidak lagi membantah.
   Sediainya umat Islam hari ini berjaya mewujudkan generasi yang memahami dan mendalami isi kandungan Al Quran, nescaya umat Islam akan menjadi umat yang kuat dan disegani oleh orang-orang bukan Islam, umat Islam akan menjadi umat yang dihormati dan disanjungi oleh sesiapa sahaja kerana mempunyai peradaban sendiri dan boleh jadi di sana mereka akan menjadi ‘Roll Model’ kepada generasi yang akan datang, sama seperti generasi sahabat yang menjadi contoh kepada generasi hari ini. Umat Islam nanti akan menjadi umat yang dipuji kerana akhlak dan peradaban hidup yang melambangkan maruah sebagai seorang muslim yang beretika, umat Islam tentunya pasti akan menjadi umat yang mempunyai tamadun sendiri dengan membawa program dan manhaj hidup yang mempunyai hubung-kait dengan ketuhanan Allah, iaitu sebuah kehidupan yang amat sesuai dengan naluri kemanusiaan itu sendiri. Umat Islam sendiri yang akan menterjemahkan warna kehidupan yang berasaskan pengabdian yang luhur kepada Allah dalam masyarakat tanpa dicampur-aduk dengan mana-mana unsur yang menyimpang dari arah itu.
Umat Islam sendiri yang akan mencorak-warnakan kehidupan dan masa depan mereka, kerana mereka telah mempunyai panduan hidup sendiri untuk bergerak dan bertindak, iaitu Al Quran. Penguasaan Al Quran ke dalam diri mereka bererti mereka telah mempunyai pertalian yang erat dengan Allah dan mereka kini mempunyai hubungan secara langsung dengan kekuasaan dan keagungan Allah, ikatan tali-temali mereka dengan Allah terlalu hampir den begitu akrab sekali. Segala rupa bentuk amalan dan perlakuan hidup dapat mereka laksanakan dengan penuh keikhlasan untuk dikembalikan ke pangkuan Allah.
Sesungguhnya nilai-nilai kekuatan sebuah generasi itu akan dinilai menurut kekuatan pegangan hidup mereka, kekuatan iman yang terpancak di dalam hati sanubari dan jiwa nurani mereka, kekuatan tersebut akan melenyapkan penguasaan hawa nafsu dalam diri seseorang muslim dan akan menguburkannya sehingga ke akar umbi dan sehingga hawa nafsu itu tidak berani muncul lagi.
Firman Allah Ta'ala:
إِنَّ الَّذِي فَرَضَ عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لَرَادُّكَ إِلَىٰ مَعَادٍ
Maksudnya: “ Sesungguhnya Dialah yang menfardhukan kepada kamu tentang Al Quran, sudah tentu akan memulangkan kamu ke tempat kembali “ (Al Qashash: 85).
Ini kerana setiap amalan yang dilakukan semasa di atas dunia ini akan dihitungkan di hari akhirat kelak, sudah pasti orang-orang yang melakukan amalan kebaikan akan dibalas dengan kebaikan dan begitu juga dengan orang-orang yang melakukan kejahatan tetap akan di balas dengan kejahatan. Apabila seseorang muslim menerima cahaya petunjuk dari Al Quran yang dipancarkan kepadanya, bererti dia telah mendapat cahaya keimanan dari Allah dan sesungguhnya Allah memilih sesiapa sahaja yang layak untuk menerima cahaya tersebut. Maka penerimaan cahaya tersebut akan mencetuskan kekuatan rohani dan jasmani ke dalam dirinya, secara tidak langsung akan membentuk kekuatan sendiri yang digaul sebati dalam darah dagingnya. Cahaya tersebut akan menjadi jarum kompas untuk memandu arah dan tujuan perjalanan hidupnya bagi mencapai impian yang nyata, cahaya tersebut akan menerangi luang-lingkup kehidupannya apabila dia berada di dalam kegelapan. Namun, cahaya tersebut tidak akan mengeluarkan sinar sediainya si muslim itu tadi tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Allah.
Mari kita perhatikan sepotong hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
إن الله تعالى قال: مَنْ عَادَى لِىْ وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْحَرْبِ، وَمَا  يَتَقَرَّبُ اِلَيَّ عَبْدِىْ بِشَىْءٍ أَحَبَّ اِلَىَّ مِمَّا افْتَرَضْتُهُ عَلَيْهِ، وَلاَ يَزَالُ عَبْدِىْ يَتَقَرَّبُ اِلَيَّ بِالْنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبُّهُ، فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ  الَّذِى يَسْمَعُ  بِهِ،  وَبَصَرَهُ  الَّذِى  يُبْصِرُبِهِ،  وَيَدَهُ الَّتِى يَبْطِشُ بِهَا، وَرِجْلَهُ الَّتِى يَمْشِىْ بِهَا، وَلَئِنْ سَأَلَنِى لأُعْطِيَنَّهُ، وَلَئِنِ اسْتَعَاذَنِى لأُعِيْذَنَّهُ
Maksudnya: “ Sesungguhnya Allah Ta'ala telah berfirman: Sesiapa yang menyakiti wali Ku nescaya Aku isytiharkan perang ke atasnya dan tidaklah seseorang hamba menghampiri Ku dengan sesuatu yang lebih Aku sukai apabila ia melakukan apa yang Aku fardhukan ke atasnya, dan ia juga sentiasa mendekatkan dirinya kepada Ku dengan melakukan amalan sunat hingga Aku mencintainya, apabila Aku telah mencintainya, Akulah pendengarannya yang ia dengar, Akulah penglihatannya yang ia lihat, Akulah tangannya yang ia lakukan dan Akulah kakinya yang ia berjalan, jika ia meminta sesuatu kepada Ku, nescaya Aku perkenankan permintaannya dan jika ia memohon perlindungan kepada Ku, nescaya Aku melindunginya “ (Riwayat Bukhari).
Manakala Imam Bukhari r.a. pula telah meriwayatkan melalui sanadnya sendiri yang diambil dari Umar bin Abdul Aziz r.a. bahawa beliau telah menulis sepucuk surat kepada 'Udiy bin 'Udiy:
إِنَّ لِلإِيْمَانِ فَرَائِضَ وَشَرَائِعَ وَحُدُوْدًا وَسُنَنًا فَمَنِ اسْتَكْمَلَهَا اسْتَكْمَلَ اْللإِيْمَان وَمَنْ لَمْ يَسْتَكْمَلْهَا لَمْ يَسْتَكْمَلْ اْللإِيْمَانِ
Maksudnya: “ Sesungguhnya iman itu terdapat beberapa kefardhuan dan syari'at, batas sempadan dan juga sunnah perjalanan, sesiapa yang dapat menyempurnakannya, maka sempurnalah imannya dan sesiapa pula yang tidak dapat menyempurnakannya, maka pincanglah imannya “.
Pembentukan generasi masa depan yang menepati nilai-nilai kemanusiaan bermula dari dalam diri setiap individu itu sendiri, seseorang hamba itu akan berusaha membentuk dirinya untuk menjadi seorang hamba yang mampu dan berkebolehan, dia akan berusaha membina impian hidup untuk menjadi hamba yang boleh berdiri di atas kakinya sendiri dan di atas prinsip hidupnya sendiri, kerana dari situlah bermulanya titik tolak operasi kehidupan untuk memimpin kaum keluarga dan kerabatnya, sahabat hdiai dan teman seiringnya, jiran tetangga dan masyarakat sekitarnya dan  seterusnya negara yang tercinta. Maka, generasi yang akan muncul nanti ialah generasi yang mempunyai pertalian dengan Allah, Tuhan Yang Maha Agung, iaitu generasi yang faham dan mengerti tentang peranan hidup yang harus dimainkan dalam masyarakat. Maka dengan sebab itu, mereka perlu memperluaskan empayar tamadun ilmu dengan mengkaji dan meneliti ilmu-ilmu yang terdapat di dalam Al Quran dan mencetuskan idea-idea baru yang boleh diketengahkan untuk pembangunan masyarakat moden hari ini.
Mereka mesti menjadi generasi yang berani bergerak, bertindak, mengolah dan mengubah sesuatu perkara untuk disesuaikan dengan keadaan semasa dengan syarat apa yang dilakukan itu tidak terkeluar dari garisan syari’at. Mereka juga perlu bijak mencetuskan idea dengan menggunakan konsep ‘ijtihad’ dalam persoalan hukum yang masih kabur dan persoalan-persoalan semasa yang seringkali berlaku dalam masyarakat dan merekalah yang menjadi penyelesai untuk mengeluarkan ‘kata putus’ dalam sesuatu masalah yang meldia masyarakat. Akhirnya nanti, mereka tetap akan menjadi generasi yang unggul dan excellent, generasi yang menjadi pewaris kepada khazanah yang ditinggalkan oleh para nabi-nabi.
Firman Allah Ta'ala:
كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ
Maksudnya: “ Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, (tugas dan tanggungjawab ialah) kamu disuruh mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran serta kamu beriman kepada Allah“ (Ali 'Imran: 110).
Pelaksanaan program seperti ini akan menambahkan lagi nilai-nilai keunggulan diri dan keberanian serta kehebatan generasi tersebut, di samping menjadikan diri mereka di kalangan orang-orang yang beruntung. Untuk membentuk kekuatan diri, setiap individu muslim memerlukan suatu kekuatan lain yang menjadi batu asas dan akar tunjang yang kuat untuk ditanam ke dalam hati sanubari dan jiwa nurani supaya prinsip kehidupan yang dibawa itu tidak mudah tercicir dan supaya maruah diri tidak akan mudah tercemar. Sebagai muqaddimahnya dia perlu memimpin impian hidupnya di atas satu prinsip yang dijelmakan di atas satu pengakuan, iaitu pengakuan ketuhanan: LAA ILAHA ILLAH dan kemudian dijelmakan pula pengakuan kenabian: MUHAMMADUR RASULULLAH. Kedua-dua pengakuan ini merupakan tembok pertahanan yang kuat dan kukuh untuk menghalang sebarang rupa bentuk ancaman yang datang menjelma. Maka, dengan sendirinya dia akan menjadi manusia yang kuat dan perkasa, kerana pengakuan tersebut akan menolak apa jua bentuk kekuatan dan kekuasaan selain dari kekuatan dan kekuasaan Allah.
Pengakuan tersebut akan menambahkan lagi semangat ke arah mewujudkan generasi yang hendak dibentuk itu, kerana di sana umat Islam telah mempunyai satu agenda yang hendak diserapkan ke dalam program kehidupan generasi tersebut, mereka telah mempunyai satu ramuan dan cita rasanya tersendiri untuk membentuk masyarakat supaya kembali ke pangkuan Allah. Kita juga perlu memahami tabiat dan realiti kehidupan, kerana untuk membentuk generasi yang unggul itu, di sana terdapat beberapa syarat penting yang perlu dilaksanakan supaya perjalanan hidup generasi yang hendak dibentuk itu nanti tidak menjadi pincang dan buta teraba-raba:
PERTAMA: Generasi yang hendak dibentuk itu mesti mempunyai hubungan dan pertalian yang erat dengan ketuhanan Allah, dengan sebab itu mereka akan melayakkan diri untuk mendapat kurniaan dan pertolongan dari Allah.
KEDUA: Mereka adalah generasi yang praktikal, generasi yang suka berjuang dan berjihad, generasi yang suka beramal dengan suruhan Allah, generasi yang ‘bangun dari tidur’ yang sentiasa bersiap sedia untuk mengaplikasikan kehidupan di bawah pengawasan Allah.
KETIGA: Generasi yang hendak dibentuk itu adalah generasi yang sentiasa beristiqamah dan komitmen dengan pengabdian hidup terhadap ketuhanan Allah, generasi yang mempunyai prinsip perjuangan dan perjalanan hidup, bukan generasi yang sentiasa berubah-ubah pegangan hidup atau amalan hidup ataupun perjuangan hidup.
KEEMPAT: Generasi tersebut perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang ‘cukup masak’ yang mampu memimpin masyarakat kembali ke pangkuan Allah.
Sebabnya, setiap manusia yang berada dalam masyarakat tidak boleh memisahkan diri dari pegangan hidup dengan Allah, kerana manusia dicipta oleh Allah dan mesti berterima kasih kepada Allah. Manakala ilmu pengetahuan itu pula akan memberi laluan kepada generasi tersebut untuk mengeluarkan masyarakat dari kemelut kejahilan dengan memberi kefahaman yang mendalam tentang apa jua persoalan hidup, sama ada yang berkaitan dengan amal ibadat, pergaulan seharian, moral dan akhlak dan lain-lain perkara. Sebab itu, mereka merupakan generasi yang bertanggungjawab membentuk dan memimpin masyarakat ke jalan yang benar, mereka merupakan generasi yang akan mengeluarkan anggota masyarakat dari lubuk kejahilan dan kebodohan, mereka juga merupakan generasi yang memainkan peranan penting untuk membasmikan kemungkaran dan mereka tidak sekali-kali membiarkan masyarakat terumbang-ambing dibawa arus kesesatan. Di sana, mereka perlu merangka program amar makruf nahi mungkar untuk dilaksanakan ke dalam masyarakat, kerana pelaksanaan program ini mesti dilakukan secara praktikal bukan secara teori.
Pelaksanaan program ini mesti dihidupkan secara bersama dan beriringan, tidak harus dipisahkan antara satu sama lain, kerana hanya menumpukan kepada aspek makruf sahaja dan meninggalkan aspek mungkar ataupun hanya menumpukan perhatian kepada aspek mungkar sahaja dan meninggalkan aspek makruf, kerana kedua-dua perkara ini disebut oleh Allah secara bersama yang merupakan suatu tuntutan dan saranan yang wajib dipatuhi oleh setiap muslim, lebih-lebih lagi mereka yang mencari keredhaan Allah.
Firman Allah Ta'ala:
وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Maksudnya: “ Mesti ada di kalangan kamu umat yang menyeru kepada kebaikan, mereka menyuruh kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran dan mereka itulah orang-orang yang beruntung“ (Ali 'Imran: 104).
   Tugas dan tanggungjawab ini amat berat untuk dipikul dan tidak boleh diletakkan di atas bahu seseorang individu semata-mata, namun walau apa sekalipun pelaksanaan amar makruf nahi mungkar ini merupakan suatu kerangka program yang mesti dilakukan secara bersama. Cuba kita perhatikan di sana, gambaran sebenar tentang sikap orang-orang yang beriman terhadap program ini, yang saling bantu-membantu di antara satu sama lain, di antara lelaki dan perempuan yang sentiasa bekerja keras untuk mencapai cita-cita dan impian mereka, sebagaimana gambaran yang diukir itu terdapat di dalam Al Quran.
Firman Allah Ta’ala:
وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ  يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ
Maksudnya: “ Lelaki yang beriman dan perempuan yang beriman menjadi penolong di antara satu sama lain, mereka menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran “ (At Taubah: 71).
Gambaran pelaksanaan konsep hidup generasi yang hendak dibina menurut perspektif Islam dalam bentuk yang lebih syumul mesti dikaitkan dengan kefahaman tentang hakikat Islam itu sendiri, di mana amalan-amalan hidup yang dilaksanakan tidak harus keluar melepasi garis sempadan dan ruang-lingkup dalam manhaj Islam itu, manakala sebarang unsur yang tidak termasuk dalam manhaj Islam mesti dilenyapkan terus dalam konsep kehidupan. Generasi yang muncul menurut acuan Al Quran ialah generasi yang bertindak bijak dalam masyarakat, mereka tetap berdiri di jalan yang benar dan tetap berkata benar sekalipun dalam kalangan manusia tidak menyukai mereka. Mencegah kemungkaran adalah suatu kewajiban yang mestilah dilaksanakan oleh mereka, sama ada dengan tangan atau dengan lidah atau dengan hati.
Sepotong hadith yang diriwayatkan oleh Abu Said Al Khudri r.a.  bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرُهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ اْلإِيْمَانِ
Maksudnya: “ Sesiapa yang melihat perkara mungkar, maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya dia tidak berkuasa maka hendaklah mengubah dengan lidahnya dan sekiranya dia tidak berkuasa juga, maka hendaklah mengubah dengan hati dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman “ (Riwayat Muslim).
Generasi yang hendak dibentuk di atas prinsip Al Quran itu ialah generasi pejuang yang berani terjun ke medan menyeru manusia kembali ke jalan Allah, kerana tugas ini merupakan suatu kewajiban yang perlu dilaksanakan oleh generasi tersebut, kerana itu juga tugas ini akan dapat menambahkan bilangan manusia memahami Islam secara syumul dan memeluk Islam untuk mendapat petunjuk dan hidayat dari Allah. Di dalam mengharungi kerja-kerja dakwah dan kerja-kerja menyeru masyarakat kembali ke pangkuan Allah, di sana mereka memerlukan beberapa uslub penyampaian yang berkesan dan cara-cara bertindak dengan baik supaya menarik minat orang ramai ke arah Islam, kerana seruan menyeru manusia ke jalan Allah merupakan tugas utama para rasul-rasul yang diutuskan sejak dahulu lagi.
Sepotong hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
مَا مِنْ نَبِىٍّ بَعَثَهُ اللهُ فِىْ أُمَّةٍ مِنْ قَبْلِىْ اِلاَّ كَانَ لَهُ حَوَارِيُّوْنَ وَأَصْحَابٌ يَأْخَذُوْنَ بِسُنَّتِهِ وَيَقْتَدُوْنَ بِأَمْرِهِ، ثُمَّ إِنَّهَا تَخْلُفُ مِنْ بَعْـدِهِمْ خُلُوْفٌ يَقُوْلُوْنَ مَالاَ يَفْعَلُوْنَ وَيَفْعَلُوْنَ مَالاَ يُؤْمَرُوْنَ، فَمَنْ جَاهَدَهُمْ بِيَدِهِ فَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَمَنْ جَاهَدَهُمْ بِلِسِانِهِ فَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَمَنْ جَاهَدَهُمْ بِقَلْبِهِ فَهُوَ مُؤْمِنٌ، لَيْسَ وَرَاءُ ذَلِكَ مِنَ اْلإِيْمَانِ حَبًّةُ خَرْدَلٍ
Maksudnya: “ Setiap nabi yang dibangkitkan oleh Allah kepada sesuatu umat sebelum ku mempunyai pengikut yang setia dan para sahabat yang sentiasa mengambil sunnah perjalanannya serta selalu mengikut arahannya, kemudian berlalu beberapa generasi dan muncul pula generasi yang kemudian, mereka mengatakan tetapi tidak melakukan, sebaliknya melakukan apa yang tidak disuruh, sesiapa yang berjuang menentang mereka dengan tangannya, maka dia adalah beriman, sesiapa yang berjuang dengan lidahnya, maka ia adalah beriman dan sesiapa yang berjuang dengan hatinya maka ia juga adalah beriman dan tiada lagi iman selepas itu walaupun sebesar biji sawi “ (Riwayat Muslim).
Ketahulah wahai saudara muslim..! Sesungguhnya jalan Islam itu amat luas terbentang, jalan Islam itu dipenuhi bau wangi-wangian dan dihiasi pancaran cahaya kegemerlapan, jalan Islam itu merupakan jalan yang menerangi ruang-lingkup hidup manusia, jalan yang mengajak manusia berdiri teguh di atas ubun-ubunnya dan di atas panji-panji kebenaran, jalan yang membentuk syaksiyah diri manusia dengan nilai-nilai yang unggul dan jalan untuk membina sebuah keyakinan dengan meletakkan ‘aqidah sebagai teras dalam perjuangan.
Firman Allah Ta'ala:
قُلْ هَٰذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللهِ  عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ
Maksudnya: “ Katakanlah: Inilah jalan ku yang mengajak (manusia) ke jalan Allah dengan pdiangan yang jelas, aku dan para pengikut ku, Maha Suci Allah dan aku tidak termasuk di kalangan orang-orang musyrikin “ (Yusuf: 108).
Setiap generasi yang hendak dibentuk itu mesti melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan agar dapat memberi petunjuk kepada diri mereka sendiri dan juga masyarakat seluruhnya. Ilmu pengetahuan itu akan membentuk keunggulan diri mereka sebagai manusia yang normal dan bertamadun dan mempunyai etika dalam peradaban hidup. Yang penting ilmu tersebut dapat mengikat erat hubungan mereka dengan Allah agar tidak putus terburai, hancur berkecai.
Firman Allah Ta'ala:
ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ
Maksudnya: “ Serulah manusia ke jalan Tuhan dengan bijaksana dan pengajaran yang baik, berdebatlah dengan mereka mengikut cara yang sebaik-baiknya “ (An Nahl: 125).
Sesungguhnya seruan menyeru manusia ke jalan Allah merupakan tugas dan tanggungjawab yang sebenar yang perlu dilakukan oleh setiap generasi ini setelah mereka mendapat pengiktirafan dari Allah. Mereka mesti bersiap sedia dan mampu memimpin masyarakat untuk membawa mereka kembali ke pangkuan Allah, kerana mereka mempunyai keupayaan dalam semua bentuk dan memiliki kehebatan serta keistimewaan supaya dapat mempengaruhi masyarakat dan menarik minat mereka ke arah Islam. Lihatlah contoh teladan yang ada pada diri Rasulullah s.a.w. yang telah berjaya pemimpin masyarakat sepanjang zaman dan sehingga kini ajaran Islam yang dibawa oleh baginda s.a.w. dapat mempengaruhi masyarakat dunia untuk menerima Islam sebagai program hidup yang berkesan. Tugas dan tanggungjawab menyeru manusia tidak boleh dilakukan oleh manusia biasa, apatah lagi mereka yang tidak punya ilmu pengetahuan. Maka, realiti ini mesti diberikan kepada orang-orang yang mempunyai ilmu yang mendalam, kerana ilmu tersebut merupakan bekalan dan panduan untuk membina kehidupan masyarakat dan menyelesaikan apa-apa permasalahan yang berlaku. Dengan sebab itu, mereka harus mengerti dan memahami konsep syari’at yang diturunkan oleh Allah di samping menguasai isi kandungan yang terdapat dalamnya untuk diprogramkan ke dalam masyarakat.
Sabda Rasullulah s.a.w.
مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ أَرَادَ اْلآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ أَرَادَهُمَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ
Maksudnya: “ Sesiapa mahukan dunia, maka hendaklah mencapainya dengan ilmu, sesiapa yang mahukan akhirat, maka hendaklah mencapainya dengan ilmu dan sesiapa yang mahukan kedua-duanya sekali, maka juga dengan ilmu “.
          Sebab itu, generasi masa depan yang hendak dibentuk ialah generasi yang intelektual dengan berpandukan kepada prinsip syari’at dan berpegang teguh kepada realiti yang nyata. Sediainya mereka gagal memprogramkan prinsip syari’at dalam kehidupan bermasyarakat, bererti mereka telah gagal memainkan peranan sebagai seorang intelektual atau sebagai seorang pendakwah dan secara tidak langsung kegagalan ini telah memberi ruang kepada jahiliyah dan suku-sakatnya untuk masuk ke dalam masyarakat tersebut. Sesungguhnya Islam telah membentangkan syari’atnya sendiri untuk diprogramkan kepada sekalian umat manusia dan syari’at Islam ini adalah dicipta oleh Allah sendiri tanpa diceduk dari mana-mana syari’at lain atau dicampur-aduk dengan mana-mana sumber lain. Sebab itu, pembentukan generasi masa depan ini mesti mempunyai nilai-nilai kemanusiaannya yang tersendiri, kerana sekiranya mereka tidak mempunyai nilai dan tidak pula bermaruah, nanti mereka tidak mempunyai harga diri dalam pasaran, kerana kehidupan yang mereka miliki sekarang adalah kehidupan yang rendah mutunya dan tidak punya apa-apa kualiti. Jika demikian, bagaimana generasi itu mahu bangkit untuk membina tamadun sendiri dan bagaimana pula mereka mahu mewujudkan kepakaran teknologi sendiri, sedangkan pembinaan tamadun dan teknologi itu memerlukan nilai-nilai kemanusiaan yang akan mencetuskan pemikiran yang bijak untuk berubah dan mengubah serta merombak sistem kehidupan yang mundur dan jumud kepada kemajuan dan kecanggihan…
   Maka, di sinilah letaknya nilai dan kekuatan generasi yang hendak diwujudkan ini, mereka adalah generasi yang menjadi pewaris untuk mempusakai amanah yang telah ditinggalkan oleh para ulama silam. Sudah tentu, di sana ada banyak tugas dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan.
Firman Allah Ta'ala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
Maksudnya: “ Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong meninggikan agama Allah, nescaya Dia akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu “ (Muhammad: 7).
Sekian, wassalam

Saturday, 1 September 2012

Cara Mempertingkatkan Amalan Zahir dan Batin

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Hidup di dunia ini adalah umpama persinggahan tempat rawat dan rehat (R & R). Perhentian sementara untuk membersihkan diri, tidur seketika, solat, qada hajat, makan, minum, isi minyak kenderaan dan memeriksa kenderaan. Distinasi sebenar masih jauh lagi, masih memerlukan komitmen untuk meneruskan perjalanan supaya tidak tergendala di pertengahan jalan. Sekiranya di R & R kita leka dan tidak menggunakan masa yang ada untuk mengemaskan diri dan kenderaan, di khuatiri diperjalanan yang jauh berlaku kemalangan disebabakan mengantuk atau kerosakan dan kehabisan minyak kenderaan.

Oleh itu kalian perlulah sedar bahawa di dunia yang sementara ini, Allah SWT telah memberi masa yang cukup untuk kita persiapkan diri dengan amalan-amalan soleh, amal ibadah, jihad dan pengorbanan, menghiasi diri dengan akhlak yang mulia dan  mengutamakan amalan-amalan kerohanian yang tinggi.

Untuk melengkapkan diri sebagai hamba Allah SWT yang di redai-Nya maka amalan zahir dan batin perlu berjalan serentak tidak boleh di pisahkan, umpama isi dengan kuku atau malam dengan siang . Diantara satu dengan lain saling lengkap melengkapi. Sekiranya salah satu daripadanya cacat atau tidak berfungsi maka akan berlakulah ketempangan dan tidak berlaku keseimbangan.

Sahabat yang dimuliakan,
Amalan zahir yang utama terletak pada Rukun Islam yang lima iaitu mengucap dua kalimah syahadah (Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya), solat fardu lima waktu, puasa di bulan Ramadan, membayar zakat dan mengerjakan fardu haji ke Baitullah (jika ada kemampuan). Amalan zahir yang lain yang dituntut untuk di laksanakan umpama solat sunat, puasa sunat, sedekah, membaca al-Quran, membantu orang Islam lain dari kesusahan , berdakwah dan mengerjakan amar makruf nahi mungkar dan lain-lain lagi.

Amalan batin yang dituntut adalah khusyuk dalam solat, ikhlas, bertakwa, bertawakkal, tawaduk, rasa takut (khauf), rasa mengharap (rojak), baik sangka, syukur, sabar dan membina sifat-sifat mahmudah yang terdapat dalam hati.

Berhati-hatilah kalian di dalam melaksanakan syariat lahir dan batin, janganlah dicampur adukkan di antara kebaikan dan kemungkaran. Satu masa melakukan ketaatan dan pada masa yang lain melakukan kemungkaran, dosa dan maksiat kepada Allah SWT. Umpamanya melakukan perintah fardu di samping amalan sunat, adakalanya pemurah dan lemah lembut, tetapi dalam masa yang sama kehidupannya masih lagi terlibat dengan riba, mendedahkan  aurat, pergaulan bebas, mengumpat, memfitnah, mencerca, sombong dan cinta dunia.

Imam al-Ghazali ada berkata : "Kalau kamu tidak boleh (belum mampu) bangun untuk solat tahajud malam (amalan sunat), jangan buat dosa (haram) di siang hari. Kerana tidak ada gunanya berbakti kepada Allah di malam hari (tahajud) tetapi derhaka (buat perkara haram) di siang hari."

Sahabat ada menceritakan pada Nabi SAW. peribadi seorang wanita, iaitu pada siang harinya ia berpuasa sunat dan pada malam harinya ia solat tahajud, tetapi ia suka menyakiti hati jirannya, maka Nabi SAW. menyatakan bahawa tempat tinggal wanita itu adalah di neraka! nauzubillah.

Nabi SAW pernah bersabda maksudnya: "Siapa yang beriman kepada Allah SWT. dan hari kemudian maka janganlah mengganggu jirannya dan berpesan-pesan baiklah kamu terhadap jiran" (Hadis Riwayat Bukhari)

Sahabat yang dihormati,
Janganlah kalian menjadi seperti seorang yang banyak mengerjakan amalan-amalan lahir tetapi cuai terhadap amalan-amalan batin. Pada zahirnya nampak sempurna, baik, warak, sopan santun, lemah lembut tetapi hatinya penuh hasat dengki, buruk sangka, sombong, bakhil, riak, ujub, cinta dunia, mementingkan diri dan lain-lain lagi. Selain itu ia juga suka menghina dan memandang rendah kepada orang yang kurang ibadah, kerana menyangka dirinya hebat. Dia rasa tenang dan senang dengan ibadahnya dan rasa yakin akan selamat di hari akhirat. Ia menyangka dengan amalannya pasti Allah SWT akan berinya kedudukan yang mulia di dalam syurga.

Hakikat sebenarnya orang seperti ini di anggap derhaka pada Allah dalam amalan taatnya dan ia sebenarnya jauh dari Allah SWT dan hatinya terputus dengan Allah SWT.

Oleh itu dalam menilai amalan, biarlah amalan kalian sedikit walaupun sekadar buat yang fardu dan sedikit yang sunat sahaja, tetapi di hati tersemat rasa takut pada Allah SWT. dan merasai tawaduk dan ikhlas. Walaupun amalan sunat dan ibadah seseorang nampak hebat, tetapi selagi hatinya tidak zuhud dengan dunia, masih ada riak dan ujub selama itu ibadahnya tidak ada nilai di sisi Allah SWT. dan belum tentu Allah SWT terima amalan tersebut.

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Ada pun orang yang enggan dan menyombongkan diri maka Allah akan menyeksa mereka dengan seksaan yang pedih."
(Surah Al-Nisaa ayat 173).

Rasulullah SWT. bersabda yang bermaksud : " Sesungguhnya yang amat aku takuti sekali di antara segala perkara yang terjadi ke atas kamu ialah syirik kecil." Sahabat bertanya : "Apakah syirik kecil itu?" Baginda SAW. menjawab : "Ialah riak (beramal dengan tidak ikhlas) kerana menunjuk-nunjukkan amalan." Kemudian baginda SAW  menyambung : "Di akhirat kelak, iaitu sewaktu setiap manusia melihat amalannya, Allah SWT .berfirman yang bermaksud : "Pergilah kamu semua kepada sesuatu yang kamu niatkan (menunjuk-nunjukkan ) amalan kamu ketika di dunia. Lihatlah apa yang kamu  boleh perolehi balasan dari mereka itu." (Hadis Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi).

Nabi SAW  pernah bersabda maksudnya: "Tidak akan masuk neraka orang yang didalam hatinya ada seberat biji sawi daripada iman dan tidak akan masuk syurga yang didalam hatinya ada seberat biji sawi dari sombong" (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Hurairah maksudnya :"Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda bahawasanya manusia yang pertama dipanggil untuk diadili di hari kiamat ialah orang yang mati syahid. Dia datang kepada Allah TuhanNya sambil dia sendiri telah mengetahui nikmat apa yang akan diterimanya. Allah bertanya kepadanya apakah amal kamu? "Jawabnya aku berperang untukmu hingga aku mati syahid". Allah berkata kepadanya "engkau bohong, engkau berperang agar manusia mengatakan engkau seorang gagah, berani dan engkau sudah dikatakan begitu sebagaimana yang engkau kehendaki. Kemudian orang itu dihela masuk ke neraka"

Sahabat yang dikasihi,
Akhirkata, pertingkatkanlah amalan kalian samaada yang zahir dan batin. Laksanakanlah dengan hati yang ikhlas dan tawaduk, tanpa mengharapkan pujian dan sanjungan manusia, nescaya amalan kalian akan diterima dan diredai oleh Allah SWT di dunia dan di akhirat.



HIKMAH DIUTUSKAN RASULApabila kita berbicara tentang Rasul, ramai yang akan "take for granted" para Rasul. Mereka belajar dari kecil tentang para Rasul, dan menghafal nama-nama mereka. Apabila mereka membesar, kecintaan kepada Rasul dan ittaba' (pengikutan) kepada sunnahnya semakin kurang. Mari kita melihat beberapa peranan Rasul yang begitu besar impaknya kepada kehidupan manusia. Setiap Sesuatu Pasti Ada Hikmahnya Matahari telah diciptakan agar ia dapat menjadi satu cahaya yang membakar dan menjadi sumber tenaga kepada kehidupan di muka bumi. Air pula telah diciptakan sebagai elemen asas dalam kebanyakan kehidupan, tanpanya mustahil sesuatu kehidupan boleh hidup. Air yang mendapat tenaga dari cahaya matahari mengewap menjadi awan, lalu angin meniupnya tempat asal pengewapan berlaku ke tempat lain untuk ia jatuh sebagai hujan. Binatang ternakan diciptakan untuk disembelih lalu dimakan oleh manusia. Bahkan apa sahaja yang dicipta pasti ada hikmah dan kegunaannya untuk manusia. Begitu juga para Rasul, mereka mempunyai peranan yang sangat besar kepada manusia keseluruhannya. Dengan adanya mereka, manusia dapat; Mengetahui hakikat kewujudan manusia. Mengenali Pencipta yang telah mencipta manusia. Sedar tentang kematian dan kehidupan selepasnya. Membaiki keadaan manusia sendiri. Peranan yang besar ini tidak lari dari tugas umum para Rasul untuk membawa rahmat kepada kaum mereka, dengan pengecualian Nabi Muhammad SAW, sebagai penutup sekalian Nabi dan Rasul yang membawa risalah Islam ini kepada seluruh alam tanpa terbatas dengan masa, tempat, dan kelompok. "Dan tidaklah Aku utuskanmu (Muhammad) melainkan sebagai rahmat untuk sekalian alam" (al-Anbiya', 21:107) Mengetahui Hakikat Kewujudan Manusia Hakikatnya, seorang yang terjaga fitrahnya dan tidak dirosakkan, akan sentiasa tertanya-tanya beberapa soalan asas. Ia adalah; Dari mana kita datang? Apa tujuan hidup kita? Ke mana kita akan pergi setelah mati? Nabi Ibrahim menjadi bukti yang tercatat di dalam al-Qur'an tentang kefitrahan manusia untuk mencari halatuju hidup. Lihatlah dan renunglah ayat-ayat berikut: Dan (ingatlah) di waktu Ibrahim berkata kepada ayahnya, Aazar, "Adakah kamu menjadikan berhala-berhala itu sebagai Tuhan? Sesungguhnya aku mendapati kamu dan kaummu berada dalam kesesatan yang nyata." Dan demikianlah Kami memperlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan (Kami yang terdapat) di langit dan bumi dan (Kami memperlihatkannya) agar dia termasuk orang yang yakin. Ketika malam telah gelap, dia melihat sebuah bintang (lalu) dia berkata: "Inilah Tuhanku", tetapi tatkala bintang itu tenggelam dia berkata: "Saya tidak suka kepada yang tenggelam". Kemudian tatkala dia melihat bulan terbit dia berkata: "Inilah Tuhanku." Tetapi setelah bulan itu terbenam, dia berkata: "Sesungguhnya jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku, pasti aku termasuk orang yang sesat". Kemudian tatkala ia melihat matahari terbit, dia berkata: "Inilah Tuhanku, ini yang lebih besar". Maka apabila matahari itu terbenam, dia berkata: "Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan. Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada Rabb yang menciptakan langit dan bumi, dengan cenderung kepada agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan." (al-An'am, 6:74-79) Sebijak manapun manusia, mereka tidak akan mampu memberi definisi secara sendiri terhadap tujuan hidup mereka. Apa yang mampu mereka berikan hanyalah definisi-definisi yang terbatas dalam ruang lingkup kehidupan dunia yang sempit, sedangkan "...kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang mempedayakan" (3:185). Atas dasar tersebut, manusia tidak akan dapat mengetahui hakikat kewujudannya tanpa pengutusan RasuluLlah oleh Allah kepadanya, bagi membawa risalah "kehidupan" bagi manusia. Mengenali Pencipta Satu kenistaan yang sangat besar adalah apabila seseorang manusia hidup di atas muka bumi tanpa mengenali siapakah penciptanya. Bahkan satu pembohongan yang lebih besar ialah apabila segala penciptaan disandarkan kepada "mother nature" dan bukannya Tuhan sekalian alam. Manusia yang tidak mendapat risalah kebenaran, mereka akan mengatakan bahawa bumi dan segala sistem di angkasa tercipta dengan "kebetulan". Manakala kejadian segala jenis kehidupan di muka bumi pula terjadi melalui teori evolusi. Dahulunya semua yang bernyawa berasal dari organisma yang sama, lalu ia terevolusi sehingga menjadi apa yang terjadi sekarang. Dengan pengutusan RasuluLlah SAW dan juga para rasul sebelum baginda, manusia dapat menghubungkan dirinya dengan Tuhan. Manusia dapat mengenali Tuhan yang telah menciptakan mereka, dan mereka juga dapat mengenalpasti halatuju mereka. Perbezaan orang yang mempunyai halatuju dan tidak adalah umpama seseorang yang membuat satu garisan di atas kertas yang putih. Dia menggerakkan penanya secara rawak sehinggalah kertas putih tersebut habis dipenuhi garisan tersebut. Menconteng tanpa halatuju, ke mana akan pergi, dan bila perlu habis menconteng. Berbeza dengan orang yang telah menandakan titik permulaan dan titik pengakhiran, mereka akan jelas di mana mereka harus berhenti dan jalan apa yang harus mereka ambil. Kerjanya juga lagi mudah, tidak perlu habis diconteng kertas putih baru tertanya, "Eh, ke mana aku nak pergi?". "Dan tidaklah kami mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seorang rasulpun melain Kami telah wahyukan kepadanya bahawa: 'Tiada Tuhan melainkan Aku maka beribadahlah kepadaKu!' " (al-Anbiya', 21:25) Para Rasul tidak diutuskan melainkan untuk membawa mesej yang begitu jelas ini. Kematian dan Kehidupan Sesudahnya Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Semua manusia mempercayai hakikat ini, dan tidak ada yang dapat lari darinya. Apa yang berbeza ialah, bagaimana manusia mentafsirkan kematian dan kehidupan sesudahnya. Satu kefahaman yang popular di kalangan orang-orang barat seperti mana yang tergambar di dalam lirik sebuah lagu; "It's my life, it's now or never, I ain't gonna live forever...". Bagi mereka, kematian itu adalah kepastian, namun kehidupan itu satu tempat untuk merasai segala sesuatu sebelum tiba saat yang tidak ada patah balik. Maka dengan itu, terjadilah banyak gejala sosial dan jenayah, dan ia menjadi satu wabak yang tersebar ke seluruh dunia. Ada pula yang meyakini bahawa kehidupan selepas kematian bergantung kepada sikap seseorang sebelum mati. Sekiranya baik, kemungkinan mereka akan dibangkitkan di dunia sebagai seorang yang lain. Jika jahat, mereka akan dihidupkan semula dengan "bentuk" yang baru, sama ada binatang, pokok dan seumpamanya. Dengan adanya Rasul yang membawa risalah kebenaran, manusia mengetahui tentang syurga dan neraka. Manusia tahu tentang titian sirat, tentang hari hisab, tentang hari kebangkitan, tentang pengumpulan di padang mahsyar, tentang nikmat dan azab kubur, dan tentang segala perkara setelah mati. "Rasul-rasul (yang Kami utuskan itu semuanya) pembawa berita gembira (kepada orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang kafir dan berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia hujjah ke atas Allah (pada hari akhirat nanti) sesudah diutuskan Rasul." (an-Nisa', 5:165) Orang-orang yang telah sampai risalah ini kepadanya, lalu mereka beriman dengannya dan beramal dengan segala tuntutannya, maka bagi kemenangan yang agung. Begitu pula sebaliknya. "Barangsiapa yang dijauhkan dari api neraka dan memasuki syurga, maka dia telah berjaya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu daya" (Aali Imran, 3:185) Membaiki Keadaan Manusia Manusia yang pada asalnya tiada pedoman, hanya mengikuti apa yang dirasakan benar menurut pandangannya yang terbatas dan sempit. Kebenaran hanya dilihat menerusi perspektifnya sahaja. Maka tempat-tempat yang berbeza dan keadaan-keadaan yang berbeza menatijahkan kefahaman yang berbeza terhadap dunia, dan halatuju hidup. Dengan kedatangan para Rasul kepada mereka, Allah mengeluarkan manusia daripada kesempitan dunia kepada keluasan akhirat, dari kegelapan kejahilan kepada cahaya Islam, seperti mana yang pernah disebutkan oleh Rabi' bin Amir kepada Raja Parsi ketika membawa risalah Islam kepada Parsi: Allah mengutuskan kami (orang-orang islam), untuk kami bebaskan (merdekakan) manusia, daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat. Allah juga telah membangkitkan Rasul dengan tujuan mendidik dan membimbing mereka dengan kebenaran risalah Islam: "Dialah yang telah membangkitkan dari kalangan orang ummiy seorang rasul (Muhammad) yang (juga) merupakan dari kalangan mereka, dia membacakan ayat-ayatNya ke atas mereka, menyucikan mereka (dari kotoran jahiliyah), dan dia mengajar mereka al-kitab dan al-hikmah. Sedangkan sebelum itu, mereka berada di dalam kesesatan yang nyata" (al-Jumu'ah, 62:2) Manusia-manusia yang telah jelas hakikat-hakikat asas tentang kejadian penciptaan diri mereka sendiri kemudiannya memainkan peranan yang besar untuk menyampaikan risalah yang mulia ini kepada orang lain pula. Mereka menjadi saksi kepada manusia seperti mana ar-Rasul menjadi saksi ke atas mereka; "Dan demikian itu Kami jadikan kamu satu ummah pertengahan agar kamu menjadi saksi ke atas manusia, dan agar Rasul menjadi saksi ke atas kamu" (al-Baqarah, 2:143) Selain dari itu, RasuluLlah SAW yang mulia juga diutuskan untuk memainkan peranan pengislahan akhlaq manusia; "Sesungguhnya aku dibangkitkan (sebagai Rasul) untuk menyempurnakan kemuliaan akhlaq" (Bukhari). Kesimpulan Kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW adalah kerana peranan yang begitu besar Baginda kepada kita sebagai umat akhir zaman. Pengorbanan yang ditunjukkan oleh Baginda di dalam sirahnya tidak menatijahkan sesuatu yang lain selain dari terbitnya rasa sayang dan cinta kepadanya. Namun hakikat ini hanya dapat dirasai jika seseorang benar-benar ikhlas di dalam meniliti sirah tersebut. Bahkan tidak cukup sekadar itu, amal menjadi bukti kecintaan seseorang. Adalah tidak melampau jika dikatakan bahawa orang yang benar-benar mencintai RasuluLlah adalah orang yang benar-benar mengamalkan sunnahnya. Bukan dari segi pemakaian semata-mata, atau pemakanan semata-mata, tetapi dalam seluruh aspek kehidupan, termasuk sunnahnya yang terbesar - dakwah. Mari kita menambah cinta kepada RasuluLlah dengan meneruskan perjuangan baginda. Sudahkah kita termasuk dalam golongan yang mencintai RasuluLlah?

Apabila kita berbicara tentang Rasul, ramai yang akan "take for granted" para Rasul. Mereka belajar dari kecil tentang para Rasul, dan menghafal nama-nama mereka. Apabila mereka membesar, kecintaan kepada Rasul dan ittaba' (pengikutan) kepada sunnahnya semakin kurang. Mari kita melihat beberapa peranan Rasul yang begitu besar impaknya kepada kehidupan manusia.
Setiap Sesuatu Pasti Ada Hikmahnya
Matahari telah diciptakan agar ia dapat menjadi satu cahaya yang membakar dan menjadi sumber tenaga kepada kehidupan di muka bumi. Air pula telah diciptakan sebagai elemen asas dalam kebanyakan kehidupan, tanpanya mustahil sesuatu kehidupan boleh hidup. Air yang mendapat tenaga dari cahaya matahari mengewap menjadi awan, lalu angin meniupnya tempat asal pengewapan berlaku ke tempat lain untuk ia jatuh sebagai hujan. Binatang ternakan diciptakan untuk disembelih lalu dimakan oleh manusia. Bahkan apa sahaja yang dicipta pasti ada hikmah dan kegunaannya untuk manusia. Begitu juga para Rasul, mereka mempunyai peranan yang sangat besar kepada manusia keseluruhannya. Dengan adanya mereka, manusia dapat;
  1. Mengetahui hakikat kewujudan manusia.
  2. Mengenali Pencipta yang telah mencipta manusia.
  3. Sedar tentang kematian dan kehidupan selepasnya.
  4. Membaiki keadaan manusia sendiri.
Peranan yang besar ini tidak lari dari tugas umum para Rasul untuk membawa rahmat kepada kaum mereka, dengan pengecualian Nabi Muhammad SAW, sebagai penutup sekalian Nabi dan Rasul yang membawa risalah Islam ini kepada seluruh alam tanpa terbatas dengan masa, tempat, dan kelompok.
"Dan tidaklah Aku utuskanmu (Muhammad) melainkan sebagai rahmat untuk sekalian alam" (al-Anbiya', 21:107)
Mengetahui Hakikat Kewujudan Manusia
Hakikatnya, seorang yang terjaga fitrahnya dan tidak dirosakkan, akan sentiasa tertanya-tanya beberapa soalan asas. Ia adalah;
  • Dari mana kita datang?
  • Apa tujuan hidup kita?
  • Ke mana kita akan pergi setelah mati?
Nabi Ibrahim menjadi bukti yang tercatat di dalam al-Qur'an tentang kefitrahan manusia untuk mencari halatuju hidup. Lihatlah dan renunglah ayat-ayat berikut: 
Dan (ingatlah) di waktu Ibrahim berkata kepada ayahnya, Aazar, "Adakah kamu menjadikan berhala-berhala itu sebagai Tuhan? Sesungguhnya aku mendapati kamu dan kaummu berada dalam kesesatan yang nyata." Dan demikianlah Kami memperlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan (Kami yang terdapat) di langit dan bumi dan (Kami memperlihatkannya) agar dia termasuk orang yang yakin. Ketika malam telah gelap, dia melihat sebuah bintang (lalu) dia berkata: "Inilah Tuhanku", tetapi tatkala bintang itu tenggelam dia berkata: "Saya tidak suka kepada yang tenggelam". Kemudian tatkala dia melihat bulan terbit dia berkata: "Inilah Tuhanku." Tetapi setelah bulan itu terbenam, dia berkata: "Sesungguhnya jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku, pasti aku termasuk orang yang sesat". Kemudian tatkala ia melihat matahari terbit, dia berkata: "Inilah Tuhanku, ini yang lebih besar". Maka apabila matahari itu terbenam, dia berkata: "Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan. Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada Rabb yang menciptakan langit dan bumi, dengan cenderung kepada agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan." (al-An'am, 6:74-79)
Sebijak manapun manusia, mereka tidak akan mampu memberi definisi secara sendiri terhadap tujuan hidup mereka. Apa yang mampu mereka berikan hanyalah definisi-definisi yang terbatas dalam ruang lingkup kehidupan dunia yang sempit, sedangkan "...kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang mempedayakan" (3:185).
Atas dasar tersebut, manusia tidak akan dapat mengetahui hakikat kewujudannya tanpa pengutusan RasuluLlah oleh Allah kepadanya, bagi membawa risalah "kehidupan" bagi manusia.
Mengenali Pencipta
Satu kenistaan yang sangat besar adalah apabila seseorang manusia hidup di atas muka bumi tanpa mengenali siapakah penciptanya. Bahkan satu pembohongan yang lebih besar ialah apabila segala penciptaan disandarkan kepada "mother nature" dan bukannya Tuhan sekalian alam. Manusia yang tidak mendapat risalah kebenaran, mereka akan mengatakan bahawa bumi dan segala sistem di angkasa tercipta dengan "kebetulan". Manakala kejadian segala jenis kehidupan di muka bumi pula terjadi melalui teori evolusi. Dahulunya semua yang bernyawa berasal dari organisma yang sama, lalu ia terevolusi sehingga menjadi apa yang terjadi sekarang.
Dengan pengutusan RasuluLlah SAW dan juga para rasul sebelum baginda, manusia dapat menghubungkan dirinya dengan Tuhan. Manusia dapat mengenali Tuhan yang telah menciptakan mereka, dan mereka juga dapat mengenalpasti halatuju mereka.
Perbezaan orang yang mempunyai halatuju dan tidak adalah umpama seseorang yang membuat satu garisan di atas kertas yang putih. Dia menggerakkan penanya secara rawak sehinggalah kertas putih tersebut habis dipenuhi garisan tersebut. Menconteng tanpa halatuju, ke mana akan pergi, dan bila perlu habis menconteng. Berbeza dengan orang yang telah menandakan titik permulaan dan titik pengakhiran, mereka akan jelas di mana mereka harus berhenti dan jalan apa yang harus mereka ambil. Kerjanya juga lagi mudah, tidak perlu habis diconteng kertas putih baru tertanya, "Eh, ke mana aku nak pergi?".
"Dan tidaklah kami mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seorang rasulpun melain Kami telah wahyukan kepadanya bahawa: 'Tiada Tuhan melainkan Aku maka beribadahlah kepadaKu!' " (al-Anbiya', 21:25)
Para Rasul tidak diutuskan melainkan untuk membawa mesej yang begitu jelas ini.
Kematian dan Kehidupan Sesudahnya
Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Semua manusia mempercayai hakikat ini, dan tidak ada yang dapat lari darinya. Apa yang berbeza ialah, bagaimana manusia mentafsirkan kematian dan kehidupan sesudahnya. Satu kefahaman yang popular di kalangan orang-orang barat seperti mana yang tergambar di dalam lirik sebuah lagu; "It's my life, it's now or never, I ain't gonna live forever...". Bagi mereka, kematian itu adalah kepastian, namun kehidupan itu satu tempat untuk merasai segala sesuatu sebelum tiba saat yang tidak ada patah balik. Maka dengan itu, terjadilah banyak gejala sosial dan jenayah, dan ia menjadi satu wabak yang tersebar ke seluruh dunia.
Ada pula yang meyakini bahawa kehidupan selepas kematian bergantung kepada sikap seseorang sebelum mati. Sekiranya baik, kemungkinan mereka akan dibangkitkan di dunia sebagai seorang yang lain. Jika jahat, mereka akan dihidupkan semula dengan "bentuk" yang baru, sama ada binatang, pokok dan seumpamanya.
Dengan adanya Rasul yang membawa risalah kebenaran, manusia mengetahui tentang syurga dan neraka. Manusia tahu tentang titian sirat, tentang hari hisab, tentang hari kebangkitan, tentang pengumpulan di padang mahsyar, tentang nikmat dan azab kubur, dan tentang segala perkara setelah mati.
"Rasul-rasul (yang Kami utuskan itu semuanya) pembawa berita gembira (kepada orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang kafir dan berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia hujjah ke atas Allah (pada hari akhirat nanti) sesudah diutuskan Rasul." (an-Nisa', 5:165)
Orang-orang yang telah sampai risalah ini kepadanya, lalu mereka beriman dengannya dan beramal dengan segala tuntutannya, maka bagi kemenangan yang agung. Begitu pula sebaliknya.
"Barangsiapa yang dijauhkan dari api neraka dan memasuki syurga, maka dia telah berjaya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu daya" (Aali Imran, 3:185)
Membaiki Keadaan Manusia
Manusia yang pada asalnya tiada pedoman, hanya mengikuti apa yang dirasakan benar menurut pandangannya yang terbatas dan sempit. Kebenaran hanya dilihat menerusi perspektifnya sahaja. Maka tempat-tempat yang berbeza dan keadaan-keadaan yang berbeza menatijahkan kefahaman yang berbeza terhadap dunia, dan halatuju hidup.
Dengan kedatangan para Rasul kepada mereka, Allah mengeluarkan manusia daripada kesempitan dunia kepada keluasan akhirat, dari kegelapan kejahilan kepada cahaya Islam, seperti mana yang pernah disebutkan oleh Rabi' bin Amir kepada Raja Parsi ketika membawa risalah Islam kepada Parsi:
Allah mengutuskan kami (orang-orang islam), untuk kami bebaskan (merdekakan) manusia, daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.
Allah juga telah membangkitkan Rasul dengan tujuan mendidik dan membimbing mereka dengan kebenaran risalah Islam:
"Dialah yang telah membangkitkan dari kalangan orang ummiy seorang rasul (Muhammad) yang (juga) merupakan dari kalangan mereka, dia membacakan ayat-ayatNya ke atas mereka, menyucikan mereka (dari kotoran jahiliyah), dan dia mengajar mereka al-kitab dan al-hikmah. Sedangkan sebelum itu, mereka berada di dalam kesesatan yang nyata" (al-Jumu'ah, 62:2)
Manusia-manusia yang telah jelas hakikat-hakikat asas tentang kejadian penciptaan diri mereka sendiri kemudiannya memainkan peranan yang besar untuk menyampaikan risalah yang mulia ini kepada orang lain pula. Mereka menjadi saksi kepada manusia seperti mana ar-Rasul menjadi saksi ke atas mereka;
"Dan demikian itu Kami jadikan kamu satu ummah pertengahan agar kamu menjadi saksi ke atas manusia, dan agar Rasul menjadi saksi ke atas kamu" (al-Baqarah, 2:143)
Selain dari itu, RasuluLlah SAW yang mulia juga diutuskan untuk memainkan peranan pengislahan akhlaq manusia; "Sesungguhnya aku dibangkitkan (sebagai Rasul) untuk menyempurnakan kemuliaan akhlaq" (Bukhari).
Kesimpulan
Kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW adalah kerana peranan yang begitu besar Baginda kepada kita sebagai umat akhir zaman. Pengorbanan yang ditunjukkan oleh Baginda di dalam sirahnya tidak menatijahkan sesuatu yang lain selain dari terbitnya rasa sayang dan cinta kepadanya. Namun hakikat ini hanya dapat dirasai jika seseorang benar-benar ikhlas di dalam meniliti sirah tersebut. Bahkan tidak cukup sekadar itu, amal menjadi bukti kecintaan seseorang. Adalah tidak melampau jika dikatakan bahawa orang yang benar-benar mencintai RasuluLlah adalah orang yang benar-benar mengamalkan sunnahnya. Bukan dari segi pemakaian semata-mata, atau pemakanan semata-mata, tetapi dalam seluruh aspek kehidupan, termasuk sunnahnya yang terbesar - dakwah.
Mari kita menambah cinta kepada RasuluLlah dengan meneruskan perjuangan baginda.
Sudahkah kita termasuk dalam golongan yang mencintai RasuluLlah?